Al-Baghdadi Learning Centre Cawangan Muar, Johor.

"Selamat Datang Ke Al-Baghdadi Learning Centre Cawangan
Muar, Johor"

Motto Perkhidmatan: "Mudah, Kreatif, Berkesan"

Lokasi :  No 11, Tingkat Atas, Jalan Puncak 2, Parit Bakar Tengah, 84010, Muar, Johor Darul Takzim.
Pengetua: Ustaz Asri Mohd Sidi
Hotline: 019- 666 4073
Pen Pengetua: Ustazah Nor'azah Mohd Sidi
Hotline: 017- 363 8285









Training Centre




Kelas-Kelas Yang Di Tawarkan:-

Kelas Asas Al-Baghdadi Kanak-Kanak
Kelas Asas Al-Baghdadi Remaja
Kelas Asas Al-Baghdadi Dewasa
Kelas Tajwid Remaja & Kelab Tajwid Dewasa
Kelas Talaqi Remaja & Dewasa

Kelas Pembelajaran (1)










Maklumat Lanjut :-

Al-Baghdadi Lerning Centre (ALC)

* Anak anda anda tidak tahu membaca Al-Quran?
* Anak anda malas/ tidak minat mengaji Al-Quran?
* Anak anda telah lama mengaji Al-Quran tetapi tidak mahir membaca Al-Quran?
* Apakah ANDA juga bermasalah membaca Al-Quran?


Sijil-Sijil Pentauliahan Tenaga Pengajar Pusat Latihan










Kelas Pembelajaran (2)


















InsyaAllah...Kami Ada Penyelesaiannya...

* Anak anda akan mudah membaca Al-Quran
* Seronok belajar membaca Al-Quran 
* Boleh membaca Al-Quran dalam masa 3-6 bulan sahaja
* Anda juga boleh belajar dan mengajar Al-Quran dengan mudah

























Alatan Pembelajaran Al-Baghdadi









Apa yang kami tawarkan..??

* Bilik-bilik & Kelas Yang Selesa & Berhawa Dingin
* Guru-guru Yang Bertauliah






Alhamdulillah dan SYABAS!

Anda kini berada di laman Al-Baghdadi Learning Centre Cawangan Muar, Johor. Pusat Pembelajaran Siri  Mudah Belajar & Mengajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi ini adalah sebuah  pusat pengajian Al-Quran Teknik Al-Baghdadi yang diikhtiraf oleh Al-Baghdadi Method Sdn Bhd untuk menjalankan program-program Belajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi. Pusat Pembelajaran ini ditubuhkan pada tahun 2012. Setakat ini alhamdulillah kami telah mengendalikan  lebih dari 14 kelas  KELAB AL-BAGHDADI, iaitu kelas untuk dewasa & remaja.

Al Baghdadi Method Sdn. Bhd. secara rasminya telah diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records sebagai Largest Quranic Learning Centre ( Pusat Pembelajaran Al Quran Terbesar) setelah memiliki sebanyak 13 buah rangkaian ATC dan 535 buah ALC diseluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun.

Perkembangan menarik ini telah menyuntik semangat para pendokong dan pendidik Teknik Al Baghdadi untuk terus mendidik anak bangsa diseluruh Malaysia untuk mempelajari al-Quran. Usaha berterusan ini diharap  dapat membantu mengurangkan kadar buta al-Quran di kalangan masyarakat yang dilihat semakin membimbangkan dengan pendedahan kajian-kajian ilmiah yang telah dibuat oleh para pengkaji dari  beberapa buah institusi pengajian tinggi awam.


JADUAL KELAS
Kelab AL-BAGHDADI Dewasa & Remaja

Al-BAGHDADI LEARNING CENTRE MUAR,JOHOR.

Kelas Asas Al-Quran/ Tajwid  :  -

Khamis : 8pm - 10pm
Jumaat : 8.00pm - 10.00 pm
Sabtu : 10.30am - 12.30pm
Sabtu : 8.00pm - 10.00pm
Ahad : 10.30am - 12.30pm
Ahad : 8.00pm- 10.00pm

ATAU TERUSKAN PEMBACAAN ANDA 
MENGENAI TEKNIK INI KERANA PASTINYA ADA KELAINAN..

Pembelajaran Al-Quran melalui teknik Al-Baghdadi adalah satu teknik yang di ilhamkan oleh Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi. Ianya adalah salah SATU TEKNIK yang dapat membantu umat islam yang memerlukan bagi menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan yang MUDAH, INOVATIF, SISTEMATIK dalam tempoh yang singkat dan teknik ini juga membolehkan kita mengajar orang lain.

Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi

Teknik Al-Baghdadi serta bahan-bahan bantuan mengajar terhasil dari pengalaman beliau mengendalikan kursus kaedah Al-bargy yang diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Muhadjir Sulthon di dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran kepada guru-guru dan ibubapa diseluruh negara selama 8 tahun.

Keberkesanan teknik ini telah terbukti dengan beberapa testimoni pelajar yang telah mengikuti program khas yang dianjurkan oleh pihak Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd.

Kini, Al-Baghdadi Learning Centre Muar, Johor melalui perunding kami yang terlatih mengajak anda bersama kami sekiranya masalah anda menepati kriteria berikut:-



Ini adalah antara sebab mengapa ramai daripada kita bertangguh untuk belajar. Kini anda tidak perlu malu dan segan lagi kerana Teknik Al-Baghdadi mempunyai kaedah yang cukup mudah serta menyeronokkan dan pembelajaran dilakukan secara kumpulan. Banyak latih tubi dilakukan semasa dalam kelas yang dibuat secara kumpulan dan bukan individu jadi tiada siapa yang tahu tahap anda kecuali diri anda sendiri. Ada yang berumur lebih dari 60 tahun yang datang ke pusat kami untuk belajar. Apa yang penting ialah keinginan untuk memperbaiki diri kita dan meneruskan usaha yang telah terdetik dalam hati kita untuk belajar Al-Quran.





Satu lagi masalah yang sering kali kita hadapi dalam pembacaan Al-Quran ialah ketidak lancaran membaca dengan baik serta tartil. Masih teragak-agak dan ragu-ragu akan sebutan huruf-huruf hijhiyah serta bunyi-bunyi yang keluar darinya. Melalui teknik Al-Baghdadi ini kita akan didedahkan serta kepada 6 perkara asas dan pokok dalam pembacaan Al-Quran

Ke enam perkara asas tersebut terkandung dalam kitab TAMHID AL-BAGHDADI yang mengandungi hanya 27 halaman. 

Teknik ini juga menggunakan Alat Ketuk sebagai alat bantuan mengajar yang akan membantu para pelajar membaca dengan lancar serta tartil, InsyaAllah.




Dalam kelas Teknik Al-Baghdadi, anda tidak perlu risau kerana guru tidak akan bertanya anda tentang apa yang diajar kerana latih tubi yang banyak selama 2 jam setiap sesi pembelajaran sudah memadai untuk anda mengetahui serta mahir dalam pelajaran yang diajar masa itu serta anda sudah boleh mempraktikannya terus. Kami memberi jaminan tidak akan bertanya kepada anda secara individu.




Teknik Al-Baghdadi mempunyai keistimewaan di mana anda bukan sahaja belajar tetapi dengan menguasai teknik ini, anda akan terus dapat mengajar kepada orang lain seperti ahli keluarga anda atau pun rakan-rakan anda sebaik sahaja anda pulang dari belajar dalam pelajaran pertama lagi! Anda akan lebih cepat dapat sekiranya anda melakukan sedemikian dan anda juga secara tidak langsung mendapat manfaat dari apa yang anda pelajari.

Teknik Membaca & Mengajar AL-BAGHDADI adalah teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semu lapisan masyarakat yang mana ianya adalah stu teknik MUDAH, CEPAT & MENYERONOKKAN! Walaupun ianya sesuai untuk setiap golongan namun pihak kami hanya menawarkan PROGRAM KELAB AL-BAGHDADI sahaja iaitu khas untuk orang DEWASA.




AYUH! Tak perlu bertangguh lagi! Kalau mereka mampu melakukannya mengapa tidak anda. Kami percaya dan yakin anda boleh melakukannya. Anda mampu untuk membaca Al-Quran selepas ini dan anda akan terperanjat akan kebolehan anda sendiri. Apa yang penting ialah anda yakin bahawa tiada yang mustahil sekiranya kita benar-benar ikhlas untuk belajar. Setapak kira mengorak langkah kita untuk menuntut ilmu bagi mendekati diri kita kepada Allah swt. maka beberapa tapak Allah swt akan datang membantu kita. 

JOM KITA PAKAT-PAKAT BELAJAR  Al-QURAN TEKNIK AL-BAGHDADI. 
Pasti Ada Kelainan & Pasti Anda Teruja!


Untuk Pertanyaan & Pendaftaran Sila Hubungi:-

Pengetua: Ustaz Asri Mohd Sidi
Hotline: 019- 666 4073
Pen Pengetua: Ustazah Nor'azah Mohd Sidi
Hotline: 017- 363 8285



Tiada ulasan:

Catat Ulasan