Apa itu teknik belajar Al-Quran Al-Baghdadi? Adakah ianya sesuai untuk saya dan keluarga?

Membaca Al-Quran dengan tartil (memelihara hukum tajwid) merupakan salah satu tuntutan ketika membaca Al-Quran. Transformasi pembelajaran Al-Quran menggunakan teknik Al-baghdadi berasaskan konsep " Cepat, Mudah , Menarik & Berkesan " menjadi tarikan orang ramai mempelajari Al-Quran. Mempelajari Al-Quran dengan teknik Al-Baghdadi mempunyai keunikan yang tersendiri. Kuliah Al-Baghdadi di anjurkan untuk memberi peluang kepada orang ramai mempelajari Al-Quran dengan kaedah yang mudah dan menyeronokkan.
Antara sebab kita perlu mempelajari Al-Quran dengan teknik Al-baghdadi ialah ia menggunakan teknik SAS (struktur, analisis da sistesis) bagi pengukuhan menguasai 336 bunyi dalam Al-Quran. Teknik ini hanya menggunakan sebuah buku yang ringkas dan padat untuk menguasai pembacaan Al-Quran yang betul. Teknik ini sangat menarik kerana menggunakan kombinasi 4 pancaindera iaitu penglihatan, pendengaran, Pertuturan dan kinestetik (pergerakan) menggunakan peralatan khas seperti alat ketuk, kad imbasan dan permainan dapat mengaktifkan minda kiri dan kanan. Proses pembelajaran yang menyeronokkan dan menambah fokus ketika belajar. Kaedah cepat belajar ini hanya memerlukan satu buku 22 mukasurat sahaja. Ternyata teknik ini sesuai untuk semua golongan tanpa mengira perbezaan umur mahupun tahap bacaan seseorang. Teknik ini terbukti berkesan. Setelah 3 tahun digunakan, ia dapat membantu hampir 300,000 umat Islam membaca Al-Quran dengan lebih sempurna
Di asaskan oleh Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi. TEKNIK ini membantu umat islam dalam menguasai bacaan Al-Quran dengan sempurna dalam tempoh yang singkat. Pendekatan yang sangat MUDAH, INOVATIF, SISTEMATIK serta bahan-bahan bantuan mengajar terhasil dari pengalaman beliau mengendalikan kursus kaedah Al-barqy yang diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Muhadjir Sulthon di dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran kepada guru-guru dan ibubapa diseluruh negara selama 8 tahun.Keberkesanan teknik ini telah terbukti dari banyak testimoni pelajar yang telah mengikuti program khas yang dianjurkan oleh Pusat Al-Baghdadi seluruh Malaysia
     

      »»» Ustaz tak Tanya Soalan. Anda selesa dan tak segan.
      »»» Tumpuan 6 kemahiran asas membaca Al-Quran.
      »»» Pendekatan inovatif dgn kombinasi 4 pancaindera istimewa (lihat,dengar,tutur,gerak)yang merangsang otak kiri & kanan.
      »»» Pemantapan Bacaan Teknik Ketukan Titian Unta.
      »»» Penguasaan 336 bunyi Al-Quran.
      »»» Kaedah SAS (Struktur,analisis,sintesis) yang sistematik.konsep latih tubi.
      »»» Buku panduan yang ringkas, padat dan mudah.
      »»» Masa yang efektif (2 jam 1 minggu sekali.)
      »»» Suasana selesa untuk semua peringkat umur. Bilik kuliah khas berasingan bagi dewasa & kanak-kanak.

  

1 ulasan:

  1. The Best Spades Game for 2021 | Casinoworld
    The best Spades free casinosites play game for iPhone and iPad. Play this 5-reel slot for free 카지노 in demo mode and for real money with no download required.

    BalasPadam