Pengenalan Teknik Al-Baghdadi



Teknik Al-Baghdadi adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat mempelajari ASAS al-Quran. Set Buku Teknik Al-Baghdadi menggunakan sistem struktur, analisis dan sintesis (S.A.S.), padat dan ringkas serta kreatif melalui penemuan alat bantu mengajar (ABM) yang dinamakan sebagai ALAT KETUK. Alat Ketuk ini dipercayai boleh menarik minat anak-anak amnya untuk belajar Al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan serta merangsang kreativiti.


Objektif: 

Memperkenalkan teknik yang MUDAH, MENARIK dan BERKESAN dalam mempelajari
asas - asas membaca Al Quran dengan Teknik 'Al Baghdadi.

 Siapa perlu hadir ?

 + INDIVIDU yang ingin mempelajari teknik mudah dan berkesan mengajar asas Al Quran.
+ IBUBAPA yang ingin mengajar sendiri anak membaca Al Quran.
+ ANDA yang masih belum mahir membaca Al Quran.
+ GURU - GURU yang ingin & sedang mengendalikan kelas Al Quran.
+ SEMUA yang berminat dengan teknik yang lebih MUDAH, BERKESAN dan HEBAT
belajar membaca Al Quran.


Tiada ulasan:

Catat Komen